Wednesday, November 9, 2011

Peristiwa Aidiladha...:)

Assalammualaikum wtb..:)

Aku nk share cte yg epi. [See...dpt kgembiraan yg sikit n smentare pn epi. Tu mknenye bsyukur la 2..!huhu.insyaAllah ikhlas..:) ] Ok. cite die camni. Pagi raye tu ak mandi lmbat sbb bz kemas2 umah. [xg smbahyang rye sbb cuti.hehe.] Pas mndi usya la fon sbb cm dgr bnyi td. Bkk tgk de 2 msg. Bkk la tgk spe yg anta. 1st Intan, spupu ak. 2nd tu....bderau darah aku n ak tau korg pn leh bjet spe kn..? Ye..dr N70 a.k.a Lamb Chop. Ya Allah...mcm2 rse mse tu. Sedih de, gembira de, tharu pn de. Msg pndek je. Wish hri rye...

"Assalammualaikum...:) Selamat Hari Raya AidilAdha Beef Steak.:D "

Never tot die akn msg ak tp mmg bharap.huhu. Alhamdulillah ya Allah w'pn ianya hanya untuk kemanisan yg sementare. Ak ttp bsyukur. Kerana dr situ ak nmpk adenye harapan untuk hubungan ini ke peringkat seterusnya. InsyaAllah...semuanya hanya akn blaku dgn izinNya shj.

Untuk aku dan dia...hanya doa yg mampu kami lakukan saat ini shingga terbit kyakinan dlm haty nya untuk menikahi aku. Sebelum itu, kami b'2 perlu mjage batas2 yg ade supaya redhaNya bsame kami. InsyaAllah...alhamduulillah..

Wednesday, November 2, 2011

Doa untuk si pecinta yg takutkanNya dan m'cintai dgn keikhlasan...insyaAllah...

Assalammualaikum wtb...:)

Korg yg sedang bcinta dan dlm mse yg sme risau akn tgelincir dr landasan yg benar, di sini aku ade doa utk sang pecinta yg mcintai psgnya dan juga Maha Pencipta.

Allahu Rabbi, aku minta izin
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta

Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya engkau

Allahu Rabbi, aku punya pinta
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta

Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas

Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi, izinkanlah
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu
Dan membuatku semakin mengagumimu

Allahu Rabbi
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allahu Rabbi, pintaku yang terakhir
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta

Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu

Amiiinnn.


credit to diarihati.com

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan...

Assalammualaikum wtb...:)

Cukuplah aku mcintaimu dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan. Walaupun pahit, sakit dan amat mrunsingkan tapi penuh kesedaran. Aku risau tidak dapat mjaga haty dan nafsu jika aku mcintaimu sperti cara sblm ini. Moga2 usaha/pengorbanan yg kecil ini ada hikmahnya iaitu pnyatuan kita dgn cara yg halal 1 hari nanti. InsyaAllah..amin ya Allah...amin ya rabbal alamin..


"Ya Allah berikanlah ketenangan kpd aku dan dirinya Ya Allah. Tanamkan rasa yakin dlm hatinya untuk berumahtangga. Sesungguhnya pada hematku dia mampu mjadi seorang Imam dan juga ayah yg baik. Namun aku hanya manusia biasa yg hanya mampu bsangka2. Jika tiada jodoh antara kami b'2, maka redhakanlah hatiku dan hatinya. Sesungguhnya hanya Kau Maha Mengetahui segalanya yg ada bumi dan dilangit. " Amin...ya rabbal alamin....

Tuesday, November 1, 2011

Kirimanku kpdnya...dan balasannya (kemungkinan) kpd ku...

Assalammualaikum..:)

Ahad 30/10/2010 aku ada terbaca 1 artikel di FB yg merungkai sebab mngapa aku mngambil jln berisiko ini thadap hubungan ku dgn Lamb Chop. Lalu ku kirimkan(5.30 p.m) kpdnya mesej tsebut yg bbunyi...

Salam...Beef Steak (BS) hrp Lamb Chop (LC) still pegang pd komitmen hubungan ni.Tapi sekiranya dlm tempoh 'mbina persediaan' ni LC de jmp seseorg yg lbh baik, BAGITAU BS ea.Maceh.Jgn risau, BS phm.:) Kat bwh ni adalah antara sbb2 npe BS plih jln ni utk hubungan kita.Kn BS de kte mse LC "buang fon kt laut Mersing" ri 2, byk yg BS pk sblm nk tnye psl kawen2 ni.Ni la antara slh 5 sbb drpdnye.Smoga usaha BS y kecil ni mdpt redhaNya utk hubungan kita.BS xnak rse yg timbul kt haty ni jd sia2.RedhaNya yg BS cari utk hidup mati kita dan hubungan kita.InsyaAllah..amin ya rabbal alamin.Redha ibu abah alhamdulillah da dpt.Ibu xsetuju BS amk jln ni tp BS rse ni yg tbaek utk hubungan kita.(hmm..btter bce mse free je sbbnye pjg.siyes, xtipu.Slamat bkerja.Salam..)

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.

Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.

Keesokkannye aku bk FB dan name Lamb Chop keluar di notofication ku yg mnunjukkan die de wt new post. Postnye pd pukul 8.19 p.m itu bbunyi...

"Kecantikkan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah atau pakaiannya."

Dalam hatiku bbisik...mungkinkah statusnya ini merujukku..?suda smakin pandai die bmadah..:)

Ya Allah...apa yg ku harapkan dari perhubungan ini ialah redhamu kerana redhamu dan redha kedua ibu bapaku sahajalah yg akn mjanjikan kebahagiaan hidup kami di dunia dan di akhirat. Aku harapkan usaha ku yg kecil ini dihargai oleh Lamb Chop dan redhai oleh mu Ya Allah dan akhirnye akn mbawa kami ke ikatan yg halal. Jika dia jodohku maka permudahkan jalan itu ya Allah. Jika bukan, maka redhakan haty ku dan hatinya. Amin ya rabbal alamin....

Tapi Ya Allah buat mase ini aku pohon padaMu agar kau ilangkan sedikit rase yg tbuku di haty ini pada Lamb Chop agar aku mampu hidup dan beribadah tanpa mmikirkan dia. Bukan ingin mlupakannya tapi agar rse ini tidak mjadi sia-sia pd yg bukan halal utk ku. Bantu aku Ya Allah..amin ya rabbal alamin..


Thursday, October 27, 2011

Akhirnye jalan ini ku pilh...

Assalammualaikum..:)

Jika dalam post sblm ini aku de m'anjurkan ttg "inisiatif" yang diambil olh seorg wanita thadap Cinta dan aku jg tlh mngambil cara yg same kpd Lamb Chop...

"bile da sedia Lamb Chop contact Beef Steak lik. Kita b'temu dan bsame krn Dia, kita b'pisah juga krn Dia. Ada jodoh kita jumpa lg." (24/10/2011)

Itulah msj terakhirku kpdnya dan tiada balasan yg ku terima. Mungkin die menerima langkah yg ku ambil atau mungkin dia masih t'pk apa yg patut dibalasnye atau mgkin die akn bhenti stakat di situ. Aku serah segalanya kepadaNya. Hanya Dia yg mampu mngubah/menetapkan pendirian haty hamba2Nya.

Kini suda 4 hari aku blalu tanpa dia. Dan selama itulah saket kepala dan air mata mjadi peneman setia.

Ape yg mbantu aku utk kuat smgt mngambil jln ni ialah aku terbace firman Allah dlm surah Al-Israa' ayt brape aku lupa yg bbunyi begini..

"..Ibrahim itu mrupakan 1 umat kerana sikapnye yg berserah bulat2 kpd Allah.."

Selepas mbacenya air mataku terus menitis tanpa henti. Jika Nabi Ibrahim blh bserah bulat2 mnyerahkn sepenuhnye tkdir hidupnye pada yg Esa tanpa mragui sedikit pun, takkan aku tak boleh mngikut contoh teladan yg tbaek. Mengapa harus aku pertikaikan kuasaNya dan janji2Nya.

Selepas aku mdapat tahu bhw bcinta sbelum kawen itu haram (dalam bln 10 ni jgk la..rujuk entri2 sblm ni yg ak da timbul rse nk tnye psl kawen2 ni pd Lamb Chop), aku takot nk ambil jln ni sbb aku takot kehilangan lamb Chop. Namun, "Jangan kau takot utk mlepaskn sesuatu yg belom tentu mjadi milikmu." Tapi rase takot 2 masih ada. Dan biarkan saje rase itu dan ambil mudah akn "bcinta sebelum kawen itu haram."

22/10/2011 - Lamb Chop btanye apa yg aku hendak tanyekn padanya tempoh hari hingga aku mrajuk. Aku pun ajukan soalan adalah die benar2 ingin mngambil sbg istrinya 1 hari nanti. Dan seperti biasanya jwapan yg aku trime tidak mberi keyakinan padaku. Dia kata tak mahu bjanji padaku krn risau die tak mampu menepatinya nanti. Bdasarkan jawapan yg dberi, aku dpt rsekn yg die masih blom bsedia dan blom pulih spenuhnye dr trauma yg pnh mlanda hidupnya satu ketika dahulu. Dari situ aku dpt kkuatan utk mngambil jln ini walaupun sgt saket yg ku rasekn.

Apa yg ku mahu hanya redhaNya thadap hubungan kami, hidup dan mati kami. Aku tak mahu rasa yang timbul di hati ini mjadi sia-sia. Aku mahu bg yg terbaek kpd bakal suami ku. Dengan pengorbanan yg kecil ini aku harap maruah masih tjaga untuk suami ku iaitu jika hubungan ini tidak mjadi maka maruah ku insyaAllah tetap tjaga. Dan jika hubungan ini mjadi maka pengorbanan ini telah mbantu kami b'2 dari mlakukan dr sekecil2 maksiat hingga sebesar2nya, sama ada scr sedar @ tidak. Moga2 pengorbanan yg kecil ini mdapat rahmat dariNya. Sesungguhnya itu mahu ku, untuk diriku, bapaku, adk bradik lelaki ku dan untuk dia, si Lamb Chop.amin ya rabbal alamin..

Friday, October 14, 2011

Tujuan hidup..

Assalammualaikum wtb...:)

Semalam aku men2 mesej ngn Lamb Chop. Aku sbnrnye da t'fikir mngenai pnikahan. Honestly klu tanye kt diri ni mmg xsedia lagi. Tapi bila da banyak kali m'google tentang Islam dan Cinta terasa cara aku ni bcanggah dengan landasan sbnr dlm mcari Cinta juga RedhaNya.

Aku ade tbaca 1 ayat di blog2 yg bbunyi..."..bagaimana hendak mngecap bahagia mlalui pnikahan klu dr mle lg crenye sudah canggung (bcinta lame kemudian br bkahwin)..?"

Aku jd risau. Untuk tu aku berusaha mcari lagi pjelasan mngenai Cinta dan Islam. Dan akhirnye btemu dgn..."niat jika ikhlas utk mcari redha Allah pasti ade jlnnye.."

Aku ingin anjurkn psoklan ini kpdnye namun risau jika maruh aku sbg seorg muslimah jatuh krn blom tentu lagi die adalah pemimpin ku. Aku slalu b'doa padaNya agar ditunjukkan pada ku apa yg patut ku lakukan. Akhirnye petang smlm aku tbace satu cerita mngenai Cinta dan Islam. Pada hematku, cerita cinta tersebut merupakan cinta yg mdapat redhaNya. Selama 13 tahun tpisah akhirnye mereka bsatu juga blandaskan niat yg ikhlas. Dalam cerita tersebut, si wanita tlh mngambil 1 inisiatif thadap lelaki tersebut. DAN....inisiatif inilah yg mbuat jiwa ku kacau. Sama ada ingin mngambil inisiatif tersebut atau tidak.

Sedang bmesej2an...tibe2 aku TERberani utk btanye "xboring ke duk sorg2 xde teman bla bla bla..." Lamb Chop bls "...xboring. Kite sntiasa bfikir apa sbnrnye tujuan kita hidup dan...."

Sangat menarik minat pd klausa "apa sbnrnye tujuan kite hidup". Aku mmg xtau apa tujuan kite hidup dan ak google. Dan inilah jawapannye...“Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu” (Q.S. 51:56)

Dan xsangka aku akn tjumpa tujuan hidup dr perspektif lain pulak..!hehehe. Klik sini.:)

Tuesday, October 11, 2011

Macam da jumpe je...!heeeee...

Macam da jumpa seseorang lelaki yg cantik...!

CANTIK..???

YUP!!!CANTIK...!!!:)

cantik cmne?

cantik cmni -----> Kecantikkan lelaki dan kegagahan wanita. :)
li
Slamat mbace dan m'praktikkan.;)

Monday, October 10, 2011

malu...=,=""

adei...td leh lk ak g send msg kt FB die msg ni...

ADAM...
Jika benar ikhlas kerana Dia...
Janganlah rapat dan dekat padanya...
Kerana itu menyeksa hati si HAWA...
Menahan rasa yang bukan halal baginya...
Tak mampu HAWA menyembunyikan kelembutannya...sedang itu fitrahnya...
BERTEGASLAH DIRI dahulukan walinya sebelum dia...
Dan bantulah dia pelihara maruahnya...
Jika benar mencari RedhaNya...

mse anta xde rse ppe.tp...pas2 2 tbe2 rse malu yg AMAT sgt.hmmmm...n now die diam seribu bhs.xtau la cmne...Ya Allah...aku redha atas sgal yg blaku pd diriku.

Jika dia utk ku maka Kau dekatkanlah hatiku dan hatinya.Tetapi jika dia bukan untukku maka kau redhakanlah hatiku dan hatinya.tabahkan hati kami b'2.ssungguhnya redha mu yg kami b'2 cari.kami ikhlas b'1 keranamu dan kami redha jika bpisah keranaMu juga.apa yg aku pinta, kau tabahkan lah hatinya dan hatiku yg lemah ini...amin...[kuatkn aku ya Allah...ampunkan aku jika pbuatanku ini mbuat Kau murka.ssungguhnya aku btindak tburu2 tanpa mmikirkn kesannya baik pd driku @ pdnya.aku juga tidak mngetahui sme de tindakan ku ini btl @ tidak.ampunkan aku dan smoga semuanya akn kembali spt sedia kala.amin.....]

Tuesday, August 9, 2011

Kenape lelaki lebih suka berdiam diri.hmmm...npe ek..???

Assalammualaikum wtb...[cheewah!bg salam 2...xpenah2 bg salam kt entry sblm.hak3~ ;p]

ok...npe llaki lg ske bdiam diri ble de mslh..? amt seswai kn tjuk ni ngn situasi aku skunk.huhu.alhamdulillah...dpt ptunjuk dariNya.moga2 post dis gurl akn mbantu aku mcari jln kua dr prob aku.insyaAllah...amin...

owh!lg 1!lg 1!
td br tbce satu entry n de ayt yg wt aku tsentuh n cm mnyesal pn de gk. jp ea...nk g cri jp.;p

haaa...ok!ni die!;)


klu korg klik kt ayt 2 akn kua la link ke post y de ayt 2 iaitu npe llaki ske ilang2 cm chipsmore. 2 pn post yg bagus gk utk dibce olh kaum2 hawa.;)

agk kecewa gk la cz br skunk jmp blog mamat Khairul ni.cz kt c2 de byk tips2 n nasihat2 psl kapel2 ni. klu aku jumpa blog die awl2, insyaAllah skunk ni aty aku tenang je sbb aku kmungkinan bsr akn ikut ayt kt ats 2.juz luv it!;)

Friday, August 5, 2011

ape pun tak boley~~~~~!

Urmmmmmm~~~
tak tahan!!!!arghhhhh!!!
sebelum tu aku nk mntk izin ngn korg y mungkin mbace blog ni. aku nak tlis perkataan yang agk kurang menyenangkan untuk entry kli ea.please....rasenye tahap kesabaran aku da tak tertanggung lagi.hopefully takde yang membace.hahaha.aku juz nak luahkan pe yang terpendam n xdpt lepaskn kt mne2.so..aku conteng la kat blog ni.

wuuuuuuuuuuuuuuu~~~~
geram sgt ngn die!korg...nk tanye siket...urmmm llki klu de prob mmg akn abaikn kite ea?aku xpaham la wei...komfem korg kate aku ni bodoh kan?duk tunggu llki cm 2.tak kisah la korg nak kate ape, yang penting aku caye die n cube gak trime ujian dariNya.

aku ni jenis yang tak suke mengaku kalah.sebab tu ak still tunggu. n selalunye hubungan aku putus apabila kuanye kata2 keramat dari pihak llki.aku tak pernah putuskan hubungan sebab aku selalu trime je apa jua perangai ex2 bf aku. aku redha kalau itulah perangai suami aku.aku redha ngn ketentuanNya.tapi...mungkin Dia lebih sayangkan aku n nak bagi aku yang sekufu dengan aku kowt...

honestly aku cakap, aku da sedia untuk jadi seorang istri tapi untuk jadi seorg ibu itu mgkin belom lagi.tapi kebarangkalian untuk timbulnye rase sedia sebagai seorg ibu itu mgkin apabila aku sah bgelar seorang istri. kerana kekuatan istri ada pada suami tercinta.[ble la nak kawen ni...(T_T)]

okeyh2!ckup la duk mngarut2 ni.blk ke topik asl.
korg rase ape ptut aku buat kat "laki" aku ni?da smggu kmi xbtanye kaba.aku sedih la mcm ni.
smlm (Kames, 4/8/11) aku wat gile.mne taknye.korg leh thn ke bf korg senyap sunyi 4 a week???!msty xleh kn...?apeee pn xboleyh!hahaha! [gelak geram nmenye 2!]
hah?owh...ape yang gile sgt aku wt 2 ea..?hmmm...xdela gile mne pn...juz cl die 4 30 mins je...aipp!bukan gayut 30 minit keyh!tapi miss call (mcl) 4 30 minutes!korg ade???hahahaha...;(
act mne de aku nak wt mcl.die yang tak nak angkat.hmmm...xyah nk sedey sgt la korg...bazir je.
30 minit aku mcl die akhirnye die xtahan n off both of his fon. [tgk 2 wei....dua2 fon die aku BAKO!hahahaha...;(]
pas 2 aku senyap 4 about 30 mins n stat try cl lik pas 2.owh!die da on lik la...[hahaha.leh bako lg ni!hahahahaha...] aku pn wt lagi. bbrape kali aku bako fon die, akhirnye die msg aku kate
"KTK beri ruang KTK jgn tros cl mcm nie...".
[isyh!die salahkan aku lak weyh!!!!!!!!arghhhhhhh!!!!]
bape banyak ruang da aku bg.da smggu da kowt...

ok2.aku senyap cket dr hri sbtu till senin sbb nenek aku baru mninggal.takkan nak duk men2 msg ngn die kan?n aku rase die pn paham.tapi kalau da blanjutan sampai hari jmaat, xtau la aku leh tahan lagi ke tak kan...tapi wat mse ni still cube btahan la.

ya Allah...kau tabahkanlah aty hambaMu yang hina ini ya Allah...amin ya rabbal alamin...("~")
urmmmm..sedeyh larh!!!!!!

k la wei....penat tau sedey2 ni.aku chow dulu.korg doa2kan aku supaya tabah mharungi ujian ni ea.maceh korg cz sudi bace..=) eh2!sebelum tu tlg tinggalkan komen korg kat aku.ape yang patut aku wt.adk aku suh biakan je.klu ikut aku mmg nak biakan pn tapi aku yang tBAKO.hurmmm~ plz leave ur comment ea.thanx again...

Tuesday, August 2, 2011

Memohon ketenangan...

Aku celaru, aty xtenteram, fikiran melayang...
melayang ke mana?hmmm...ke Kluang mgkin..
sms dr sidia ku tunggu xbbalas.

ke mana dia mhilang?
suda bberapa hri tdk btanya kaba...

Aku pernah baca 1 potong ayat firmanNya yang berbunyi..
"..dan janganlah kamu menyintai sesuatu yang lain melebihi cintai kamu pada Ku.."
Nauzubillah...adakah aku sebegitu. ya Allah ampunkan ku ya Allah sekiranya aku begitu ya Allah. mencintai mahlukMu melebihi cintaku padaMu.

Ya Allah aku mohon padaMu ya Allah...kuatkanlah cinta dan kasih sayang ku padaMu melebihi segalanya yang ada di dunia ini ya Allah.janganlah kau jadikan aku salah seorang dari golongan yang menderhaka kepada Mu ya Allah. ya Allah..aku pohon, bantu aku dalam mharungi dugaan2 Mu, bantu aku menyempurnakan segala tanggungjawab dan amanah mu. Bantu aku ya Allah...berikanlah ketenangan itu ya Allah. sesungguhnya kaulah pemilik ketenangan abadi. bantu aku untuk sentiasa mengingatimu samada dalam keadaan senang dan susah. dekatkanlah aku, keluargaku, guru2 ku, kawan2 ku, keluarga mereka, dia dan keluarganya, dekatkanlah kami semua kepadaMu ya Allah.amin ya Allah...amin ya rabbal alamin...

aku juga pernah berdoa, jika aku jatuh cinta lagi, jatuh cintakanlah aku pada bakal Pemimpin ku. untuk itu aku berharap agar jodohku dgnnya bpanjangan dan dialah pemimpinku suatu hari nanti.Kau berkatilah hubungan kami ya Allah.bantu kami mjaga batas2 pergaulan, bantu kami memperbaiki diri dan mengikut segala perintah & laranganMu. amin ya Allah..amin ya rabbal alamin...

dcini inginku calitkn sbuah kisah duka mngenai kehilangan insan yang dikasihi yang tdk sempat aku bbakti kpdnya. meski aty redha dgn pmergiannya, namun rse kurg bbakti kpdnya masih mhantui diri. apa-apa pun aku bharap agar Allah menempatkan beliau dikalangan orang-orang beriman dan mengampuni segala dosa-dosanya. amin ya Allah...amin ya rabbal alamin...
(Sabtu, 30/7/11, 5.50 p.m)

Thursday, July 14, 2011

Pesanan buat wanita..tmasuk dri ini...

Entri kli ni mgkin agk mngelirukn. Ia bkenaan nikah gantung & akhlak wanita. Bkenaan nikah gantung sye xamk port sgt. Yg menarik sye utk kongsi artikel (credit 2 ILUVISLAM) ini dgn semua ialah bkenaan akhlak @ lbh tepat lg nilai MALU yg patut wujud dlm dri wanita itu sdri. Sye pn br mngetahui mngenai betapa pentingnya nilai MALU ini dlm dri seorang muslimah & sdg cbe utk mperbaiki dri utk mjaga nilai yg spatutnye mjadi Fitrah muslimah sejati. Astaghfirullahhal azim...sdh tlanjur rpenye sye...astghfirullah...;(

"Nikah gantung jom?Saya nak kahwin dengan awak"

Wanita solehah,tidak akan sesekali berani menawarkan dirinya untuk di kahwini dengan berkata sedemikian rupa kepada lelaki malah dia juga tidak akan sesekali mengajak seorang lelaki berkahwin dengan cara sedemikian kerana dia sentiasa yakin bahawa jodohnya telah ditetap sejak azali lagi.Selain itu seorang wanita solehah juga,lazimnya memiliki sifat malu kerana dia sedar bahawa malu itu sebahagian daripada iman.

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Sifat malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan".
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Namun, ramai diantara wanita-wanita zaman sekarang yang telah lenyap sifat malu didalam diri mereka.Oleh sebab itu mereka tidak berasa malu untuk berpakaian dengan pakaian yang menjolok mata dikhalayak ramai,merokok di tempat-tempat awam seperti di taman permainan dan kafe-kafe,bergurau senda dengan lelaki yang bukan mahram tanpa batasan dan banyak lagi.Oleh kerana tiada sifat malu ini lah perkara-perkara buruk dan negatif seperti ini berleluasa,maka telah menjadi tugas dan kewajipan seorang wanita muslim itu untuk membataskan diri mereka dengan menanamkan sifat malu yang tebal dalam diri mereka.

Daripada Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Iman itu lebih daripada tujuh puluh atau enam puluh cabang,maka yang paling afdalnya ucapan 'Laailahaillallah' dan yang paling rendahnya membuang perkara yang menyakiti dari jalan dan malu sebahagian daripada iman".

Wahai wanita yang solehah,renungilah kata-kata pujangga ini:
"Orang yang dituntun oleh agamanya,yang diluruskan oleh akalnya,yang dijaga oleh hartanya dan yang dihiasi oleh rasa malunya maka dia telah menghimpunkan semua nilai keutamaan dalam dirinya".

"I love you...I love you so much...ILYSM...MY (I love you so much....miss you)
Macam-macam ungkapan yang diungkapkan untuk menerbitkan isi hati atau menyatakan cinta dan kasih kepada seseorang.

Patutkah seorang wanita yang berpendidikan agama,menutup aurat sepenuhnya dari hujung rambut hingga hujung kaki berkata begitu pada seorang lelaki yang bukan sesiapa pun pada dirinya,jauh sekali suaminya.Dimana letaknya maruah diri sebagai seorang wanita muslimah?

Jika dia benar-benar seorang wanita muslimah,dia tidak akan sesekali berani berkata begitu,kerana dia sentiasa takut akan kemurkaan Allah Swt.Dia juga akan sentiasa berfikir akan kesan-kesan yang mungkin timbul apabila dia menuturkan kata-kata sedemikian rupa terhadap seorang lelaki yang belum sah menjadi suami.Selain itu wanita solehah juga akan sedar bahawa bukan semudah itu caranya untuk menyatakan cinta kerana wanita solehah sentiasa mengharapkan syurga Allah untuk dirinya.

"Nikah gantung save dan safe...save duit,duduk asing tak apa,i tak kisah.safe hati,boleh jauhkan diri dari maksiat".

Bayangkan sekiranya seorang wanita yang berpendidikan agama,menutup aurat dari hujung rambut ke hujung kaki mempelawa seorang lelaki berkahwin dengannya dan menyatakan ayat seperti diatas.Alangkah malunya apabila seorang wanita itu berkata seperti ini demi untuk mengajak seorang lelaki yang amat dicintainya mengahwininya sedangkan seorang wanita solehah perlu menyulamkan dirinya dengan perasaan malu dan berederhana ketika bertutur.Seorang wanita dibenarkan mengajak seorang lelaki bernikah namun perlulah dilakukan dengan cara yang betul dan tidak memalukan diri sendiri.

Renungilah Firman ALLAH dalam surah An-Nuur ayat:21 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui".

ALLAH berfirman lagi dalam surah An-Nuur ayat:26 yang bermaksud:
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia".

Bagi para lelaki diluar sana,sudah tentu anda menginginkan seorang isteri yang solehah dan baik budi pekertinya.Lantaran itu,sebagai seorang lelaki anda juga harus berusaha untuk menjadi hamba Allah yang soleh sebelum anda bercita-cita untuk menemui wanita solehah yang anda iimpikan.Antara ciri-ciri solehah seorang wanita yang diimpikan para lelaki ialah wanita itu mesti menjaga solat,taat kepada ibu bapa,berakhlak mulia,menuutup aurat,pandai mengaji al-qur'an,rajin melaksanakan puasa sunat dan lain-lain.

Sememangnya,mencari wanita yang solehah adalah sukar kerana sudah tidak ramai lagi wanita yang memiliki sifat-sifat mulia sebegitu dek kerana hanyut dengan 'trend' zaman sekarang.Tidak kurang juga bagi seorang wanita solehah,semakin sukar untuk menemui lelaki yang soleh kerana realitinya kini tidak ramai lelaki yang mempunyai sifat-sifat soleh seperti sahabat-sahabat Nabi suatu ketika dahulu.Malah,yang menjadikan pencarian soleh dan solehah ini lebih sukar apabila seseorang itu perlu bijak 'menilai' batiniah seseorang kerana sifat solehah dan soleh itu tentulah berada di dalam hati individu itu sendiri dan tidak boleh dinilai dari sifat luaran seseorang semata-mata.Jika kita hanya menilai seseorang melalui caranya menutup aurat,belum tentu orang yang kita nilai itu baik dari segi akhlaknya. Ada pepatah melayu menyatakan,'Kulit baik,belum tentu isinya baik' manakala pepatah inggeris pula menyatakan 'Dont judge book by it's cover'

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejuk mata (jiwa) ku di dalam sembahyang".
(Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai)

Oleh kerana itu wahai para wanita diluar sana,binalah benteng keimanan dalam diri kalian,jadikanlah sifat malu itu sebagai perisai diri kalian,hiasilah diri dengan akhlak yang menawan dan keperibadian yang anggun..moga-moga diri anda akan tergolong dalam kalangan wanita solehah yang sejati yang menjadi idaman setiap lelaki yang soleh...insyaAllah.

ALLAH berfirman dalam surah Al-Ahzaab ayat:35 yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar".

RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI WANITA.

Sumber imej : Google Image

-Artikel Iluvislam.com

Renungan bersama...wahai wanita..kamu bertudung ats sebab ape..?trend @ menurut perintah Allah SWT?

Kepada anda semua yang bergelar wanita muslimah,

Jujur dari hati kalian, apakah sebenarnya nilai dan erti sehelai tudung yang berada di kepala anda sekarang ini? Adakah sekadar mengikut trend atau anda benar-benar ikhlas untuk melaksanakan hukum Allah?

Dunia ni pelik, ramai yang bertudung namun cara berpakaian masih tidak mengikut hukum syara'. Ada yang bertudung litup tetapi memakai kain terbelah. Jika di universiti dahulu saya dan rakan-rakan memanggil pakaian sedemikian sebagai pakaian halal haram. Kenapa? Ini kerana kami melihat setiap kali si pemakai melangkah pasti akan terlihat sebentuk kaki hingga ke paras peha dan sekiranya si pemakai berdiri tegak, kaki yang tadinya kelihatan sudah tidak kelihatan kerana tertutup disebalik kain belah.

Tidak kurang juga, ada yang memakai tudung tetapi memakai baju lengan pendek, baju ketat, baju jarang, kain pendek dan macam-macam lagi trend yang sungguh 'unik'. Unikkah? Atau...

Yang lebih menghairankan lagi, wujud pula program-program ala ratu cantik untuk wanita bertudung. Objektifnya mungkin bagus kerana hendak membuktikan bahawa wanita bertudung (muslimah) juga setanding dengan wanita-wanita lain dari segi personaliti akan tetapi adakah program-program tersebut dibenarkan dalam Islam?

Jika diteliti, program-program tersebut tidak banyak bezanya dengan program ratu cantik yang lain, cuma tidak ada slot bikini. Isi utama penganjurannya masih lagi berkisar tentang fesyen dan lifestyle peserta-peserta.

Fesyen yang ditonjolkan pula kebanyakannya tidak menepati konsep menutup aurat yang sebenar. Pemakaian tudung yang singkat, baju yang jarang dan mengikut potongan badan dipertontonkan kepada umum sedangkan kecantikan seseorang wanita wajib dipelihara bukan di pertontonkan kepada mata-mata ajnabi.

Islam turut mengajar kita untuk bersederhana. Tidakkah pertandingan-pertandingan sebegini hanya akan mengundang riak di hati para peserta?. Riak kerana mungkin ada antara peserta yang merasakan diri mereka terlalu cantik, popular, dikenali ramai dan ayu berbanding wanita-wanita lain yang tidak menyertai pertandingan sebegitu. Walhal mereka tidak sedar bahawa diri mereka sedang diobjekkan oleh manusia-manusia yang tamakkan keuntungan. Jadi, betulkah mereka ini benar-benar cantik?

Bertudung itu bererti kita sudah memilih untuk mengikut tuntutan Allah S.W.T iaitu menutup aurat. Apa realistiknya Islam menyuruh wanita menutup aurat? Sudah tentulah kerana Islam menjaga martabat wanita agar sentiasa dipandang tinggi dan mulia. Jika anda diberikan pilihan, memilih antara dua makanan yang sama namun salah satu daripadanya terdedah tanpa penutup dan satu lagi elok bertutup yang mana satu agaknya yang akan anda pilih? Saya pasti anda akan memilih yang berpenutup bukan? Begitu lah juga dengan wanita. Antara yang terdedah auratnya dan yang tertutup auratnya sudah pasti lelaki yang soleh akan bijak menilai permata disebalik kaca-kaca.

Disebabkan inilah, Islam tidak membenarkan wanita diobjekkan. Islam mahu wanita berada setaraf dengan lelaki dari segi kualiti kehidupan tanpa perlu berpakaian seksi, namun tidak perlu pula menyerupai lelaki. Tidak salah untuk berpakaian cantik, dan berpesonaliti menarik, kerana itulah fitrah seorang wanita tetapi jangan jadikan keinginan mengatasi batasan syariat yang ditetapkan.

Kenapa saya katakan wanita sekarang diobjekkan? Baiklah, sekarang ini kita dapat lihat kehebatan seseorang lelaki itu dinilai bukan pada rupanya dan akhlaknya semata-mata, tetapi pada kejayaannya, pangkatnya dan hartanya. Namun, berbeza pula dengan wanita. Kehebatan wanita kerap kali dinilai melalui kecantikannya, rupa parasnya dan penampilannya. Realitinya kalau seseorang wanita itu tidak cantik, gemuk, tidak cerah dan sebagainya, wanita tersebut akan lebih tersisih dan tidak menjadi pilihan majoriti lelaki di luar sana.

Tidak percaya pada statement ini? cuba fikir kenapa ada perempuan yg sangat cantik sanggup berkahwin dengan lelaki sangat tua dan tidak ada rupa pula tu tetapi kaya raya? Dan, kenapa pula lelaki yang sudah punya isteri yang cukup baik, cantik, taat, tapi masih hendak berkahwin lain kerana perempuan tersebut lagi cantik dan muda? Fikir..fikir..

Secara analogi, jika suatu objek itu tidak cantik, dan tidak pula menguntungkan, adakah kita mahu memilikinya? Inilah yang saya maksudkan bahawa rata-rata wanita kini telah diobjekkan kerana jika wanita itu tidak cantik, maka dia akan dianggap tidak ada nilai dimata masyarakat secara puratanya, walaupun dalam diri wanita itu masih banyak nilai-nilai murni yg lain. Disinilah terlihatnya keadilan Islam kerana Islam tidak memandang wanita pada aspek kecantikannya sahaja, tetapi Islam melihat wanita berdasarkan akhlaknya, imannya dan budi pekertinya?

Saudari-saudari sekalian, jika anda fikir anda cantik sesungguhnya masih ramai lagi wanita diluar sana yang lebih cantik daripada anda ditempat lain seperti timur tengah dan sebagainya. Ada antara mereka yang memiliki mata pelbagai warna, hidung yang lebih mancung, kulit yang lebih putih mulus, malah jika kita sendiri melihat kecantikan mereka pasti kita akan menganggap mereka itu jelmaan bidadari, tetapi mengapa ada antara mereka itu memilih untuk tidak mempertontonkan kecantikannya pada umum malah ada yang turut memakai purdah untuk mengelak fitnah?

Jika mereka yang secantik itu pun boleh memilih untuk tidak menjadi objek kenikmatan mata-mata lelaki ajnabi, mengapa tidak kita?

Saya tidak memaksa anda untuk sentiasa berjubah, berpurdah dan berniqab. Cukuplah sekiranya anda meletakkan nilai harga diri anda pada sehelai tudung dikepala anda. Maksudnya, anda tidak menutup kepala anda hanya kerana trend atau sekadar syarat semata-mata.

Dunia ini sementara. Di syurga nanti kita akan menjadi sangat cantik, secantik bidadari. Semua yang didalam syurga itu akan memuji kita buat selama-lamanya. Tetapi sebelum itu, kita harus menjaga maruah dan martabat kita di dunia. Fikirkanlah wahai wanita-wanita, kecantikan rupa parasmu adalah hak suamimu yang bertungkus-lumus menjaga dan mencintaimu sahaja. Bagi lelaki pula, kesetiaanmu adalah milik isteri yang sepanjang masa mentaati dan mencintaimu, bukan untuk wanita-wanita yang tiada sebarang ikatan denganmu. Wallahualam.

Sumber imej : Google Image

credit -Artikel Iluvislam.com

Tuesday, March 29, 2011

Sikap wanita yang disenangi lelaki...

Isteri, suri hati dan penyeri hidup suami. Tapi sayang, kilauan seri itu dibiarkan kelam apabila usia perkahwinan melanjut dalam. Mari kita selusuri sikap wanita yang disenangi suami agar ikatan yang terjalin mekar mewangi.

Sabda Nabi SAW, "Tiga daripada kebahagiaan: Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau."

(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)

01.Keibuan
Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing dan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu.

02.Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelakkan hati.

03.Penuh pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh melulu sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

04.Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang disenangi lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut; lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

05.Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik rata-rata merupakan idaman si suami. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan mudah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah beranak tiga?

06.Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

07.Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

08.Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

09.Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan memikat.

- Artikel iluvislam.com

JODOH : Mencari @ Menunggu

Saya tertarik dengan satu soalan yang dibawakan oleh seorang user komuniti.iluvislam berkenaan jodoh.

Persoalannya, "Betulkah kita hanya menanti si bulan (si dia) yang bernama jodoh? Usaha tidak perlu ke?"
Pada mulanya saya tersenyum.

Yelah, lagi-lagi jodoh. Lagi-lagi isu jodoh.

Namun, setelah saya fikir-fikirkan kembali. Soal jodoh ini bukan suatu soal yang boleh diremeh-remehkan sebenarnya. Saya kira, hampir setiap dari manusia itu akan melalui satu tahap di mana mereka akan mula memikirkan tentang persoalan jodoh.

Justeru, silap dalam kefahaman terhadapnya mampu memberi kesan negatif yang cukup besar terhadap masyarakat. Gejala sosial yang menular dengan sungguh dahsyatnya pada masyarakat kita kini juga tidak dapat tidak, salah satu faktornya adalah kesilapan dalam memandang isu jodoh ini.

Jadi akhirnya, saya memilih untuk menulis tentang isu evergreen itu di sini.

Ramai yang keliru

Jika kita lihat pada masyarakat sekeliling kita hari ini, dapat kita simpulkan bahawa ramai yang keliru berkenaan persoalan jodoh.

Sejak di bangku sekolah lagi kita dapat melihat remaja-remaja kita ramai yang sudah mula 'mencari' jodoh mereka. Untuk mencari 'kecocokan', mereka mula kenal-mengenal. Surat-surat cinta, sms, dan berbagai cara lagi mereka gunakan untuk memastikan adakah si dia itu 'jodohku'?

Kemudian, gejala ini berlaku dengan semakin rancak apabila pelajar-pelajar mula masuk di universiti-universiti. Ramai yang tidak mahu kelepasan dalam 'berusaha' untuk jodoh mereka. Dengan kemudahan IT yang lebih canggih, sms, chatting, e-mail, dan facebook digunakan untuk mencari pasangan idaman mereka. Kemudiannya, ramai yang terjebak dengan gejala 'couple'.

Mereka hangat bercinta.

Namun, menurut apa yang saya lihat sendiri di hadapan mata ramai yang akhirnya 'clash' ataupun istilah lainnya 'break-up'. Yang berkekalan mungkin ada, namun bilangannya tidak banyak. Bahkan, tidak kurang juga mereka yang telah berkali-kali tukar pasangan, namun tetap jodoh mereka tidak diketemukan.

Janji-janji setia di waktu kehangatannya cinta, kebanyakannya hanya tinggal kata-kata yang menyakiti jiwa.

Namun, mengapa semua ini berlaku?

Usaha telah kita letakkan, namun mengapa masih si dia yang bernama jodoh tidak hadir-hadir dalam hidup kita?

Atau apakah selama ini kita silap dalam berusaha?

Jodoh – suatu ketentuan?
Sebelum saya heret permasalahan ini dengan lebih mendalam, suka saya sentuh dasar topik ini yakni perihal jodoh.

Jodoh, adakah ia suatu ketentuan?

"... Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
- [Surah Ath-Thalaq, 65: 3]

Benar. Jodoh itu merupakan salah satu ketentuan dari Allah.

Malah, bagi orang Islam, meyakini Qadha' dan Qadar yang ditentukanNya merupakan suatu kewajipan. Beriman kepada Qadha' dan Qadar, merupakan salah satu dari rukun iman. Yakni bererti, tidak beriman kepadanya akan membawa kepada iman yang tidak sempurna.

Sebagaimana dalam sebuah hadis mahsyur berkenaan rukun Iman (saya hanya memetik sebahagian darinya),

Malaikat jibril yang pada ketika itu menyerupai seorang lelaki berkata, "Kemudian beritahukanlah padaku tentang Iman."

Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Iaitu hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari penghabisan - kiamat - dan hendaklah engkau beriman pula kepada takdir(Qadha' dan Qadar), yang baik ataupun yang buruk -semuanya dari Allah jua."

Lelaki itu berkata: "Tuan benar."

[HR. Muslim]

Maka di sini perlu kita lihat bahawa soal jodoh dan pertemuan ini semuanya berada terletak pada ketentuan Allah. Tiada sesuatupun yang akan berlaku, melainkan dengan izinNya.

Berbalik pada persoalan awal kita, maka perlukah kita berusaha untuknya?

Usaha yang sebenarnya
Sudah menjadi sunnatullah (hukum alam, berdasarkan ketetapan Allah), bahawa dalam mendapatkan apa-apa sahaja di dalam dunia ini, kita perlu kepada sesuatu yang kita panggil 'usaha'.

Baik. Bagaimana untuk kita berusaha dalam soal jodoh ini? Adakah sejak sekarang, kita seharusnya sudah mula berusaha mencari?

Saya sependapat dengan Ustaz Hasrizal.

Dalam persoalan usaha ini, pertamanya, ada baiknya kita ukur kain di badan sendiri dahulu.

Jika dalam masa terdekat kita tahu yang kita belum bersedia untuk melangsungkan pernikahan (atas apa-apa sebab sekalipun), maka 'usaha mencari @ menawan' itu masih tidak perlu.

Masa terdekat itu kita boleh ambil dalam lingkungan setahun.

Ya, tidak perlu. Mengapa?

Kerana apabila kita sudah mula mencari, dalam keadaan diri langsung amat jauh dari persediaan untuk menikah itu sendiri, maka, banyak masalah bakal timbul. Percaya?

Setelah berkenal-kenalan, dan saling meminati mungkin, sudah menjadi lumrah kedua-dua insan itu pasti mahu mengikat diri mereka dengan 'pasangannya itu', dengan suatu ikatan atau perhubungan. Melalui ikatan itu mereka akan rasa saling memiliki dan punya masa depan bersama.

Namun, cuba katakan, apakah masih ada ikatan yang sah (halal) yang dapat ada antara dua orang bukan mahram, selain dari ikatan pernikahan?

Tiada.

Yang ada mungkin persaudaraan dalam Islam. Dan, itu tidak mengubah apa-apa, kerana ia tidak pula menghalalkan mereka untuk saling berhubungan.

Lalu, akhirnya kita dapat melihat ramai di antara mereka yang ber'couple' dan mengadakan janji setia untuk mengikat perhubungan mereka.

Dan tempoh masa yang masih panjang (dari masa pernikahan) tadi akan menarik mereka untuk membuat perkara-perkara lain pula. Zina hati jangan di cerita. Zina tangan (persentuhan) dan zina-zina lain juga dengan mudah dapat dilakukan apabila diri sudah tidak mampu lagi menahan syahwat.

"Mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia." - [HR Bukhari dan Muslim]

Malah akhirnya, berdasarkan pemerhatian saya sendiri, tidak ramai di antara mereka yang dapat mempertahankan hubungan mereka. Perpisahan terjadi.

Itulah hasilnya apabila perhubungan yang diadakan hanya dilandaskan atas suka sama suka, tetapi tidak hadir bersamanya tanggungjawab. Dan kesilapan kita juga, yang kadang meletakkan ketepi kuasa Allah dalam persoalan jodoh. Na'udzubillahimindzalik.

Dan wahai hati-hati yang suci.. Jikalaupun ikatan yang dibina itu mampu berkekalan sekalipun, namun, apakah yang masih kita mahu berharap padaNya, jika usaha yang diletakkan pun tidak menepati kehendak syarak atau lebih jelasnya, bertentangan dengan kehendak Allah?

Justeru, di sini suka saya tekankan sekali lagi.

Jika kita tahu bahawa kita belum lagi merancang untuk memasuki gerbang pernikahan dalam tempoh terdekat ini, justeru, tidak perlulah pada usaha 'mencari jodoh'. Dikhuatiri, usaha itu hanya bakal mengundang perkara buruk kepada rumah tangga kita kelak.

Jodoh itu dalam ketentuanNya, maka, jika kita mahu berusaha pun, mengapa kita perlu mengambil usaha-usaha yang tidak Dia suka? Bukankah akhirnya, Dia juga yang menentukan segala?

Jika sudah mampu

Seperti yang saya katakan bagi mereka yang sudah merancang untuk melakukan pernikahan dalam masa terdekat, tidak salah untuk mereka mula 'berusaha untuk mencari' bakal pasangan mereka. Dan semestinya dalam tempoh ini, batas-batas pergaulan tetap perlu dijaga.

Sebaik-baiknya, kita ikuti sunnah. Baik di pihak lelaki maupun perempuan. Yakni jika sudah ada yang berkenan, gunakan orang tengah untuk mengenali latar belakang mereka, dan juga memanjangkan hasrat.

Dan jika merasakan tempoh untuk berkenal-kenalan itu diperlukan, maka ambillah jalan untuk bertunang. Walau tetap, ia tidak menghalalkan apa-apa, namun ia adalah ruang terbaik untuk mereka saling berkenal-kenalan sebelum bernikah.

Usaha yang perlu digerakkan - Men'jadi' & Mempersiapkan diri
Ok. Kalau kita ini agak-agaknya lambat lagi mahu bernikah, maka adakah ini bererti kita tidak perlu berusaha apa-apa?

Tidak juga sebenarnya. Usaha itu masih tetap ada.. tetapi dalam bentuk lain la.

Usaha yang perlu kita letakkan itu adalah lebih kepada 'MENJADI" daripada 'MENCARI'.

Ya. Kita pasti mahukan mereka yang soleh/ah untuk menjadi pasangan kita. Itu telah menjadi lumrah. Oleh itu, dalam kita mahu mendapatkan yang soleh, kita perlu JADI soleh terlebih dahulu. kan?

Iya. Kerana sesungguhnya, Allah akan menyediakan pasangan buat kita, sesuai dengan tahap keimanan diri kita juga.

Sebagaimana firmanNya dalam surah An-Nur, ayat ke-26,

"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga)." - [Surah An-Nur, 24: 26]

Makanya, mahukan pasangan yang baik, usahanya, menjadi baik terlebih dahulu. Ini lebih utama. Allah yang menetapkan jodoh kita, maka kita perlu yakin, inilah cara yang sebaik-baiknya.

Jika kita hanya limitkan definisi usaha kita hanya pada mencari, maka pada saya, kita sudah silap besar.

Mungkin... pasangan kita itu 'tampak' soleh, tetapi tetap, kita akan dapat pasangan sesuai dengan tahap iman kita juga. Baik akan dapat baik, inshaAllah. Jahat dapat jahat.

Kalau jalan yang diambil pun kurang bertepatan dengan syarak, maka tak perlulah kita nak mengharapkan sangat yang baik dan sentiasa menjaga diri.

Dan pada saya, usaha lain juga, yang tidak kurang utamanya, adalah mempersiapkan diri untuk menghadapi pernikahan.

Mengapa? Kerana membina masjid hakikatnya bukan takat sehari dua. Tidak cukup. Cuma, jika kita mahukan masjid yang bertahan sehari dua juga mungkinlah.

Oleh itu, persediaan dari sudut mental dan ilmu itu amat-amatlah perlu sejak sekarang lagi.

Sebagai lelaki, kita perlu melatih diri kita agar mampu memimpin, mampu hidup berdikari. Dan sudah tentu kemudiannya mampu menjadi qudwah atau contoh tauladan yang baik buat keluarga.

Sebagai wanita pula, persiapkanlah diri kalian dengan ilmu. Harapannya, dengan tarbiyyah (didik) dari tangan-tangan kalian, anak-anak itulah yang bakal menjadi pejuang-pejuang Islam suatu hari nanti, inshaAllah. Kalian perlu sedar, bahawa kalianlah pentarbiyyah utama generasi masa hadapan. Masa depan umat, hakikatnya, terletak di tangan-tangan kalian.

Dan tanggungjawab sebesar itu, seharusnya disertai dengan persiapan yang tidak kurang besarnya juga.

Latihan-latihan dan persiapan diri ini... mampukah dilakukan hanya sehari dua, atau cukupkah hanya sebulan sebelum pernikahan?

Sudah tentu tidak.

Maka ayuh, kita mula mempersiapkan diri kita mulai hari ini juga.

Jika redha Allah yang dicari...

Sudah nampak apa yang harus dilakukan?

Saya jadi teringat akan kisah saya masa sekolah dahulu. Melihat rakan-rakan ramai yang ber'couple', perasaan takut itu muncul, dikhuatiri nanti semua habis dikebas orang (haha.. ye ke?).

Oleh sebab itu saya juga tidak terlepas dalam usaha mencari jodoh ini, kononnya. Dan diringkaskan cerita, di waktu saya hampir saja mahu mengambil tindakan itu (ber'couple'), saya diberikanNya petunjuk (dalam bentuk ilmu dan kefahaman) bahawa rupanya pemahaman saya selama ini silap. Alhamdulillah.

Jika mahu diikutkan, tatkala petunjuk itu sampai, boleh sahaja saya untuk menidakkannya, dengan tetap meneruskan perancangan dan 'kehendak' saya. Namun, saya sedar, bukankah tindakan saya itu hanya suatu tindakan yang bodoh?

Allah sudah pun memberi petunjukNya, dan ditakuti, selepas ini, Dia tidak lagi ingin memberi petunjuk kepada saya, atas sebab saya tidak pandai menghargai petunjuk yang telah Dia berikan. Maka, bukankah pada hakikatnya saya hanya menzalimi diri saya sendiri?

Justeru, suka saya katakan, jika petunjuk Allah yang kita cari, jika redha Allah yang kita mahukan dalam rumah tangga kita nanti, maka berusahalah... dengan usaha yang sesuai dengan apa yang Allah izinkan.

Jika kita sibuk menggauli perempuan sana, perempuan sini, lelaki sana, lelaki sini, sedangkan, jodoh kita masih belum kita ketahui siapa, maka, pada pendapat peribadi saya, kita juga seakan-akan sudah berkhianat kepada bakal jodoh kita nanti. Benarkah? Ya, kerana kemesraan dan sebagainya itu, bukankah hanya layak untuk pasangan halal kita sahaja? Dan di pihak kita pun, kalau boleh, sudah tentu kita juga mahukan mereka yang soleh dan masih terperlihara juga bukan?

Kerana.. sudah menjadi lumrah manusia, akan lebih tertarik pada sesuatu yang terpelihara dan terjaga.

Dan sudah tentu, apa yang menjadi lebih besar lagi, adalah kerana kita seakan-akan menidakkan kuasa Allah ta'ala. Na'udzubillahimindzalik. Terkadang, kita lebih 'beriman' (percaya) kepada usaha kita, berbanding iman (kepercayaan) kita terhadap Qadha' dan Qadar yang ditentukan Allah.

Ya. Manusia itu digalakkan berusaha. Namun, usaha-usaha yang mengundang murkaNya, apakah itu akan dikiraNya sebagai usaha yang baik dalam isu jodoh ini? Jika kita mahukan pasangan yang tidak soleh, mungkin.. ia masih dapat dikira sebagai usaha.

Namun, bukan itu yang kita mahukan bukan?

Di sini, kita perlu yakin bahawa hakikatnya, setiap apa-apa yang berlaku itu, berada dalam kekuasaanNya. Gejala zina, buang anak dan sebagainya pada hari ini, atas kefahaman dan kepercayaan yang silap dalam hal ini juga.

Justeru, ayuh kita kembali meletakkan Al-Qur'an dan sunnah sebagai teras dalam hidup masyarakat kita.

Yakinlah, jalan yang Allah tentukan ini, bukan untuk menidakkan fitrah kita. Tidak. Sebaliknya, Allah mahu memeliharanya. Ianya, demi kebaikan kita juga.

Wahai hati-hati yang suci. . .

Katakanlah,

'Jika petunjukNya telah sampai, masihkah aku mahu menidakkannya?'

" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 2-3]

- Artikel iluvislam.com

Thursday, March 3, 2011

alhamdulillah...thank you Allah...;)

hm...lme xmconteng blog ak y senyap sunyi ini.huhu.
ri 2 mse bday ak y ke-23 de sorg mmbe (lki) wish bday.
die kte "smoga pe y ko hope akn tmakbul."
ak say "thanx.aminn~ hehe.ak hope ak dpt bf n kje thn ni.hehehe.;p"
die kte "insyaAllah de la 2 nt." "insyaAllah..;)"

n now....alhamdulillah....pe y ak hrp n doa da tmakbul.ak dpt kedua-duanye.alhamdulillah.=)

skunk ni ak hrp kedua-duanye bkekalan ngn ak.aminnn~
mgkin tang kje 2 nk y lbh btter utk mse akn dtg.tp bab "dia", hope we could mke it till our last breath.amin ya rabbalalamin...